Banjir dan Pertemuan ?

Bismillahirahmanirahim .
Alhamudulillah diberi nafas dan kekuatan untuk meneruskan matlamat hidup.

ha~ bukan senang .
sifat kemalasan untuk menduduki spm makin menggunung
tak tahu lah kenapa .
orang lain dok sibuk belajar
beta ja yang masih dengan igauan mimpi 
mimpi yang tak pasti

recently, kita dikejutkan dengan banjir rite ? yeah. ni bukan nak cakap ada kaitan dengan politik atau so on.

kalau Allah 'jadi' maka 'jadilah ia ' .



since i lahir didunia ni. i memang duduk 'kota tinggi' ja. haha. lahir pun dekat sebelah rumah. sebelah rumah ? dulu i duduk dekat kuarters sebelah hospital. yang aku ingat sekali. kejadian masa banjir itu masa aku darjah satu nak ke darjah dua tak silaplah. area akhir tahun 2006 dan awal 2007. dua kali kene banjir woo. tapi, yang aku  kesian dengan bonda dan ayahandalah yang bertungkus lumus. 

air naik pada waktu petang dekat kuarters kitorang. masa tu, bandar kota dah berlinangan air dah. air naik dekat kuarters rumah hujung. takdelah hujung mana. kuarters tu ada 3 buah rumah ja termasuk rumah i. bonda dah risau, bonda packing packinglah barang. sementara itu. aku dengan jirang jirang yang laing tengang maing aying. tangkap tangkap berudu. tangkap katak. tapi, tak tahulah kenapa aku sekarang geli dengan katak.  muka bonda dengan ayahanda macam relax. macamlah. tapi, hati diorang gelumang risau. 
satu malam ayahanda tak tidur sebab takut air naik sampai ke rumah kami.hujan tak henti umpama menangis teresak akibat dipukul angin. aku risau juga. tapi, ibu suruh kitorang tidur dulu, nanti apa apa ibu kejut. oright. dalam 2 pagi gitu. air naik ke rumah kami. ibu kejut and suh kitorang packing sikit barang pergi ke kuarters kosong dekat kota kecil. dekat jugaklah dengan tadika kemas ku yang lama. antara adik beradik. aku sorang ja yang tak sekolah 'pasti'. hoho. special lah ni eh ? bukanlah. aku yang taknak pindah 'pasti' sebab aku nak zapin, nak main congkak, nak main bola jaring, nak main tarian cina, nak main kuda kepang, nak nasyid, nak masuk rekabentuk. nak main sepah sepahkan tadika kemas. haha, perangai aku lah tu yang nakal nakal semua. tapi, takdelah nakal mana, cuma, berlagak lady boss ja. hoho

dekat deretan kuarters tu ada keluarga aku dengan keluarga jirang aku sorang ni. yang lagi sekeluarga tu pi tumpang mana ntah. aku pun tak ingat. tak tau pula yang rumah aku duduk kejap sempena banjir tu dekat dengan rumah 'kekasih lama' kakak aku. haha, diorang start suka sama suka since dari tadika kemas itulah sebelum pindah ke 'pasti' . bila ingat ingat balik. nak ketawa aku tengok kakak aku jumpa, utus utus surat, utus utus salam. dan biasalah, aku yang jadi mangsa. ada satu ayat tu. kakak aku suruh cakap dekat 'kekasih lama' dia tu perkataan 'secret' . aku ni dari kecil sampai sekarang memang tak berapa handal sangat pasai english ni. hoho. aku tanya kakak aku dengan nada yang agaklah tinggi 'secret' tu apa. kakak aku jawab 'rahsia'. aku tanya lelembut. dia pun jawab benda yang sama, masa tu kakak tengah sapu jem choclate dekat roti kot. geram punya pasal. aku rampas roti yang dia tengah sapu tu. haha. tapi dia tak marah pun. memang dia buat untuk adik adik dia. tanya lagi, jawab benda yang sama. haih. geram ja hati ni. bila dah cakap dekat 'kekasih lama' akak untuk pertama kalinya (selama ni aku post dekat adik 'kekasih lama' kakak aku) tentang utusan dari kakak aku.  aku tanya dia 'secret' tu apa. dia pun jawab benda yang sama. lepastu aku jerit, "semua nak rahsia ni ! malaslah nak jadi orang tengah ! " haha. aku ingat ayat tu lagi sebab adik 'kekasih lama' kakak aku tu pandang aku. 

adik dia tu 'lelaki' juga. muda setahun dari aku. tapi, okelah, haha. aku cakap dekat bonda. bonda pun terangkanlah dekat aku tentang perkara yang 'secret' sangat tu, owh, gitu rupanya. haha. selama aku kirim utusan dari kakak aku ke 'kekasih lama' dia memang melalui adik dia pun. sampai lah satu masa. banjir dah surut sikit. sebelum surut, air banjir dia dalam sangat. even dah terjadi dalam 8 tahun. before aku pindah ke rumah baharu tahun lepas. masih ada bekas tanda banjir nya.  jadinya. aku dengan adik beradik tunjukkanlah sikap kasih sayang kami dengan tolong bonda ayahanda bersihkan rumahlah konon kononnyalah. haha. bila dah jejak air. konfem kau tak nak keluar. gembiralah aku dengan jirang jirang laing main air. haha. even dah kene marah pun main lagi. maklumlah 'kecik-kecik' . tapi, before nak pergi tu. kakak aku cakap dengan kekasih lama dia before masuk kereta. aku masa tu dah duduk dalam kereta dah. bila akak masuk kereta terus dia cakap yang adik kekasih lama kakak aku kirim salam lepastu dia cakap dia suka aku.

whooaa.

mula mula memanglah jual mahal. tapi, bila dapat tahu bahawa aku tak bertepuk sebelah tangan siapa yang tak suka kan ? yedak ? 

esoknya. mulalah aku tak keluar rumah akibat malu. dia datang rumah. aku bukak pintu jumpa dia. dia cakap apa ntah. yang penting aku berangan masa dia cakap dengan aku. hamboiii. buruk perangai. haha. yang penting, masa keadaan kembali ke situasi asal iaitu tiada lagi banjir, aku pindah ke rumah sebenar aku yang terkena banjir tu. dia sedih bila tengok aku sedih.  aku nak ucap selamat tinggal tu susah sangat. dia jelah yang ucap 'bye' dekat aku. pastu dia kasi aku coklat. hoho. dengan sewelnya, aku menolak coklat tu sebab ntah. aku pun tak ingat sebab apa aku nolak. dia tadah tangan nak salam. aku pun sambut tangannya dan akhirnya bersalamlah. lepastu, dia cakap jangan lupa dia. gila nak lupa cinta pertama aku ?  maklumlah. 'kecik kecik lagi' .

sampai hari ni aku tak jumpa dia. sebab dua tahun lepas kejadian banjir tu.famili dia pindah kat batu pahat. jauh tu. tapi. aku rasa kenangan ni tak pernah dan tak dapat nak lupa. aku ingatkan dia dah lupa aku. rupa rupanya dia ingat, hal ini dapat dibuktikan apabila tahun lepas dia ada wish dekat facebook cakap gud luck pmr. wahh. hati berputik tapi tak seperti dahulu. hehe.

"setiap perkara yang Allah jadikan dekat muka bumiNya ini mempunyai hikmah yang tersendiri "

ni cerita banjir aku. mungkin. dengan banjir juga, ada orang yang bertemu jodohnya. mungkin, anak yang hilang bertemu kembali. dan mungkin mungkin yang lain.


so, kita jangan nak fikir dan sangka buruk sebab secara tak langsung menimbulkan titik hitam dalam hati kita. bila hati kita dah gelap. susah nak cerahkan balik kan ?

atikahhana 

Popular posts from this blog

Life di Matrikulasi 2016/2017

S1AP3 - "boleh, apa yang tak bolehnya"